Sabtu, 17 Januari 2015

Batu Permata Akik Darah Asli



BATU PERMATA AKIK DARAH ASLI

Batu permata akik darah di atas akan diikat pada cincin. Permata akik darah adalah salah satu daripada jenis batu permata yang sukar diperolehi di pasaran.Batu permata akik darah yang asli akan kelihatan urat batu apabila disuluh dengan cahaya, manakala batu permata akik darah tiruan tidak ada sebarang urat langsung apabila dilihat pada cahaya. Batu akik darah mempunyai warna yang merah seperti darah.Apabila diikat pada cincin, ia kelihatan merah bercahaya apabila permata akik darah ini  bertindakbalas dengan cahaya. Batu akik darah dikatakan berasal dari tempat berlakunya pertumpahan darah para syuhada sewaktu mempertahankan agama Islam yang suci.Pelbagai khasiat diperkatakan berkenaan batu ini, cuma pemakainya sahaja yang lebih tahu tentang khasiatnya dengan izin Allah azzawajalla.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar